Tuesday, January 5, 2010

New World

Haaaa.....
Dikesempatan ini aku ingin memaki diri aku kerana telah lama tidak memberi sebarang benda baru untuk aku baca di blog aku sendiri !
sepanjang masa aku meninggalkan blog aku ini...telah banyak kejadian dan pengalaman yang terjadi kepada aku !
untuk makluman semua...aku kini berada di penang! mungkin untuk satu tempoh yg panjg atau mungkin untuk masa yang singkat! semua ini bergantung kepada kemampuan aku untuk memberi yang terbaik bila sudah sampai masanya!
aku masih mempunyai masa yang agak lama untuk memberi post2 baru

Labels:

Monday, March 30, 2009

Lu Olang Pun Bolo Jugak ..

Sila baca tajuk di atas seperti seorang bangsa Cina yang sedang cuba berbahasa Melayu atau erti kata lain Cina "Malay wannabe"...

ok..aku mulakan cerita,br sebentar td,tidaklah berapa baru sangat aku menyaksikan satu kemalangan yang berlaku di depan mata kepala aku.Seorang mat rempit lengkap dengan pemboncengnya jatuh seperti nagka busuk di depan aku.Ini semua berlaku kerana sebuah kereta yang dipandu oleh seorang bangsa Cina tidak memberi lampu 'signal' sewaktu masuk di simpang..
'boom' terseret la motor Yamaha LC itu di depan aku.

Aku pun apa lagi,dengan sikap "mr.nice guy' ,aku pun dengan tulang,dan membawa perut boroi aku menolong dua orang mat rempit td.Kesian,sudahlah bukan salah mereka,motor pula jatuh,jam pun pecah.Kesian...

Aku tekad untuk menolong mereka kerana pada mulanya aku memang kesian melihat mereka kemalangan di tengah-tengah hujan.Kemudian,aku pernah dimaki suatu ketika dahulu kerana membuat bodoh sahaja sorang perempuan yang pernah jatuh di tempat yang sama susudah dia dilanggar oleh sebuah motor dari belakang! lalu aku terdengar suara "Oit bro,ko tgk je ke?" aku dengan selamba membuat muka tak bersalah dan pergi dari tempat kejadian sambil berkata dalam hati,'argh,bukan masalah aku"..kejam-kejam.aku sungguh kejam sewaktu itu.

Berbalik pula kepada cerita yang asal,setelah aku melihat motor tersebut terjatuh bersama-sama mat rempit yang membawanya,aku pun nekad untuk menghulurkan bantuan.Tetapi....setelah motor mat rempit tadi aku angkat,barang-barang peribadinya aku kutip.Mat rempit tadi pun terus mengetuk pintu kereta yang tidak memberi lampu signal td lalu berkata "woi cina,ko nak hidup lama ke tak ni?" sambil menggengam penumbuk dia menjerit 'ko nak kene ni?" lalu Cina tadi pun menjawab "wa dtg sini anta balang je woo...soli-soli..wa janji wa tak buat lagi aaa..."

Kelakar,menyampah pun aku ada.Aku cuba bayangkan kalau aku ditempat mat rempit tadi.Benda pertama akan aku buat ialah marah,aku rasa semua orang akan marah.Lalu,mulalah ayat-ayat yang tidak enak di dengar keluar dari mulut.Itulah yang terjadi tadi.Aku tidak kesah itu semua,memang ia lumrah manusia zaman sekarang.Aku tidak menjadi masalah bagi aku.

Tetapi..yang aku rasa umat Melayu sekarang makin hilang rasa hormat serta ucapan terima kasih mereka terhadap orang lain.Ia,aku akuinya.Setelah mat rempit sudah aku tolong,sebutir perkataan terima kasih pun tidak keluar dari mulut mereka.Yang bertalu-talu keluar ialah "Bodoh punya orang,tak belajar punya Cina,B@#i punya Cina,P!(*&!k punya Cina".Itu sahaja.Sesungguhnya aku tidak perlu pun diterima kasih.Cuma aku pelik,mana perginya rasa timbang rasa serta pertimbangan seseorang umat Melayu sekarang ? Kita todak perlu mengikutkan perasaan marah itu sangat.Setelah selesai semua,aku pun beredar dari tempat kejadian lalu berkata dalam hati "ko pun sama je bodoh mcm cina tu jugak,PADAN MUKA"

Pelik,tapi itulah yang terjadi.Perkara ini jugalah yang terjadi kepada seorang kenalan aku.Aku tidak perlu bercerita panjang,tapi cukup la dengan bunga-bunganya sahaja.Mereka hidup berdua selama 5 hingga 6 bulan kalau tidak silap aku.Meraka hidup berdua.Cukup la dengan nama Han dan Jing.Si Han dan Jing,kedua-dua mereka adalah kenalan aku sewaktu di Jengka dahulu.

Seingat aku,mereka hidup bersama sekitar awal tahun lepas.Mereka hidup susah bersama.Berhutang sini-sana untuk membeli makanan,rokok dan sebagainya.Tetapi aku tidak tahu ape yang berlaku,Si Jing telah mensisihkan si Han sehingga terpaksa menanggung hutang seorang,walhal mereka menggunakan duit itu bersama.Sudalah jadi macam itu,Si Jing bertindak mensisihkan si Han dan lupa daratan serta banyak lagilah perkara yang berlaku.

Jadi,setelah peristiwa kemalangan serta kisah Han dan Jing td,aku pun mendapat ilham untuk membuat entry baru kali ini.Aku harap,aku tidak mudah lupa diri,serta tidak cepat melupakan jasa orang lain terhadap aku.Semoga semua orang pun sama ! Aminn ~~~


Labels:

Saturday, March 28, 2009

Selama mana..

Aku menyeksa diri sendiri.Itu sahaja kesimpulan yang aku boleh buat.Aku takut dengan die.Aku mengaku selagi aku daya aku akan seboleh-boleh cuba untuk mengelak dari die.tapi smp bila? Kenapa aku perlu takut? Perlukah aku berasa takut ?

Aku mendefinasikan ketakutan aku ini sebagai seorang yang tidak mampu,tidak selesa,tidak ada keinginan untuk bersemuka dengan masa lampau aku.Jangan samakan ketakutan aku seperti apabila berjumpa atau bertembung aku akan terasa getar-getar lutut,mahupun terkencing dalam seluar.Itu dikategorikan sebagai dayus.Aku bukan..

Aku pun tidak faham kenapa aku boleh jadi sampai macam ini sekali.Kalau dahulu,aku tidak ambil peduli tentang ini semua.Aku seronok dengan sikap ala-ala kasanova aku.Tetapi apabila sudah sampai seru aku untuk berubah,benda yang sebaliknya pula berlaku atau lebih tepatnya aku yang terkena balik.Padan muka? Aku terima je la takdir Tuhan.

Mungkin juga aku perlukan seseorang yang dapat menemani aku.Aku masih belum ketahui apa yang aku mahu.Aku agak keliru,di persimpangan,dalam dilema dan tidak boleh berfikir apa-apa lagi.Semoga Tuhan sentiasa bersama aku kerana semakin hari semakin jauh aku dengan dirinya!
Berikanlah aku kekuatan,kesihatan,keupayaan,keselamatan,kekayaan,kepandaian dan bermacam-macam "ke" lagi.

Untuk si die..somoga die membaca ape yang aku tulis kali ini.Aku tidak tahu samada die pernah datang menjenguk aku atau tidak.Aku harap apa yang aku cuba sampaikan ini dapat difahami.Sesungguhnya metafora itu sangat berguna dalam sesetengah situasi !

Labels:

Friday, March 27, 2009

Fall Into Me

Bring your secrets to me
Just give me your hands and I'll let you feel the wounds they put in me
If you believe in me,
how can I be dissolving?
If you'd believe me, I'd tell you everything.

Silence, can you hear me?
Press me to your lips and I'll suck the poison out
Who will heal me?

If you keep killing me
how can I keep absolving?
Your sins into me, begin the poisoning.

Time, time, time.
We're not waiting.
Time, time, time.
We're no one.

Do you fall too?
Everytime that I
Yes I fall.
Everytime that I
Do you want to,
Try to pacify
Fall into me?
Into me.

We are one
We are no one
We are one
We are no one
We are
We are one
We are no one
We are one
We are no one

Labels:

Thursday, March 12, 2009

I Live In Wonderland

I am sleeping.
Sleeping silently
Something is preventing me from waking up!
I need the courage,the desire.....
I am lost
In my own imagination life
I need to be set free
From this pathetic world

Tuesday, March 3, 2009

Apa la...

Semalam chatting dengan dia.tak pasal2 hujung2 tu nak ngamuk.padahal niat aku nak bagi tahu yang die dah tak kenal aku siapa.pelik la..die selalu mcm tu.tak pernah nak admit kesalahan.ego sangat.time aku syg boleh la aku toleransi.ni dah tak ade ape2..sorry la..kalo aku tak suka aku ckp saja.peduli la die nak rase ape.sebab what matters to me at the moment is my feeling and my behaviour.ape korg nak ckp pasal aku aku tak peduli.yang mana aku rase elok dan releven akan aku pakai dan jadikan panduan.tp setakat nak membandingkan aku dengn kehidupan lampau aku..YOU ARE WRONG ABOUT THAT !

Padahal niat aku bukan nak membangkitkan isu aku dengan die.aku just nak ckp yang aku da berubah sikit demi sikit.for good..tp die pulak angin.cakap aku saje nak cari pasal.ni la manusia..kalau aku pendam ckp mcm ni la..kalau aku lepas sangat tak boleh terima pulak.payah2...

takpe2..aku harap benda ini x berlanjutan..aku nak lagi berkawan die.tp die kena tau juga.die xperfect ok ! tp tula..kalau ikutkan keras kepala die tu aku rase die tak akan kemana.so pandai2 la berfikir.mintak maaf ya,saya bukan nak menjatuhkan awak,tp itu la yang saya fikir tentang awak skrng.tolong paham,niat saya bukan nak cari gaduh..tp ikut awak la..kalau nak pikir mcm tu jugak !

Labels:

Thursday, February 26, 2009

Ketagihan Aku

ya,aku mempunyai ketagihan..

sebelum aku mengupas lebih lanjut,janganlah ada yang buruk sangka sehingga ada yang membuat andaian yang aku ketagihan heroin,kokain,ketamin,mahupun ectasy.Oh,tidak2..aku masih muda dan tidak mampu untuk menagih dadah2 yang berprofil tinggi itu! secara jujurnya aku tak mahu pun.

aku mempunyai ketagihan terhadap rokok.aku rase semua sahabat aku tahu.tetapi ada sesuatu yang pelik telah terjadi pada diri aku.aku ketagih rokok gudang garam.aku tahu bunyi die agak pelik dan mungkin ada sesetengah mengaggap ia merupakan perkara biasa tetapi realitinya aku berdepan dengan masalah ini.

sebelum itu biar aku ceritakan sedikit tentang ketagihan rokok aku.bagaimana ia bermula.seperti biasa aku mula menghisap rokok pada usia seawal 14 tahun.ketika itu aku masih bersekolah di asrama penuh.setelah berkecimpung dengan akitiviti ini,aku telah maju setapak lagi dan bergelar perokok tegar.bagi perokok2 tegar,menghisap rokok setelah menjamu juadah nasi antara 2 hinnga 5 pinggan adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan.ia merupakan pelengkap.inilah yang terjadi pada aku.lagi-lagi ketika aku sedang menonton bola.berbekalkan teh ais,ice lemon tea..lagi la seronok tekak aku ini melayan rokok hingga boleh habis sekotak.itu belum lagi bila aku dilanda masalah.boleh dikatakan rokok adalah peneman setia,tidak lekang di tangan.

kemudian,ketagihan aku terhadap surya @ gudang garam bermula lebih kurang setahun yang lalu.seperti biasa,ketika cuti semester aku dan teman baik aku Wer akan keluar pada pukul 8 dan melepak di padang sambil menghisap rokok dan berborak kosong.kebanyakkan lebih kepada Arsenal.sesudah itu,setelah menghabiskan dunhill @marlboro@ winston lights dalam 3 hinnga 4 batang seorang kami akan menutup majlis dengan meghisap surya.begitulah rutin aku setiap malam sehingga menyebabkan ketagihan aku terhadap surya menjadi-jadi.

memang betul,surya hanya sesuai untuk buruh2 kasar daripada indon,bangla tetapi bila kena masanya menghisap surya memberikan aku kepuasan.aku sendiri tak tahu kenapa.hari ini,setiap hari aku perlu menghisap surya minimun 1 batang sehari.aku pelik,jika aku tak hisap mulut aku tidak akan puas.aku pun tak tahu sampai bila aku akan terus macam ini.jujur aku katakan aku tiada lagi niat untuk berhenti rokok walaupun paru-paru aku pernah mengalami kerosakan. =)

seterusnya,ketagihan aku yang ini pelik juga.hidup aku amatlah tidak lengkap tanpa aku melabuhkan punggungku di kerusi yang ada di kedai mamak.jadilah dengan berbekalkan rokok sekotak aku akn cuba sedaya upaya aku untuk melepak di kedai mamak.ini juga pelik,kalau sehari tidak singgah aku rasa kitaran hidup aku tidak lengkap.

ini sahaja aku hendak kongsi setakat ini..jumpa lagi

Labels: