Saturday, March 28, 2009

Selama mana..

Aku menyeksa diri sendiri.Itu sahaja kesimpulan yang aku boleh buat.Aku takut dengan die.Aku mengaku selagi aku daya aku akan seboleh-boleh cuba untuk mengelak dari die.tapi smp bila? Kenapa aku perlu takut? Perlukah aku berasa takut ?

Aku mendefinasikan ketakutan aku ini sebagai seorang yang tidak mampu,tidak selesa,tidak ada keinginan untuk bersemuka dengan masa lampau aku.Jangan samakan ketakutan aku seperti apabila berjumpa atau bertembung aku akan terasa getar-getar lutut,mahupun terkencing dalam seluar.Itu dikategorikan sebagai dayus.Aku bukan..

Aku pun tidak faham kenapa aku boleh jadi sampai macam ini sekali.Kalau dahulu,aku tidak ambil peduli tentang ini semua.Aku seronok dengan sikap ala-ala kasanova aku.Tetapi apabila sudah sampai seru aku untuk berubah,benda yang sebaliknya pula berlaku atau lebih tepatnya aku yang terkena balik.Padan muka? Aku terima je la takdir Tuhan.

Mungkin juga aku perlukan seseorang yang dapat menemani aku.Aku masih belum ketahui apa yang aku mahu.Aku agak keliru,di persimpangan,dalam dilema dan tidak boleh berfikir apa-apa lagi.Semoga Tuhan sentiasa bersama aku kerana semakin hari semakin jauh aku dengan dirinya!
Berikanlah aku kekuatan,kesihatan,keupayaan,keselamatan,kekayaan,kepandaian dan bermacam-macam "ke" lagi.

Untuk si die..somoga die membaca ape yang aku tulis kali ini.Aku tidak tahu samada die pernah datang menjenguk aku atau tidak.Aku harap apa yang aku cuba sampaikan ini dapat difahami.Sesungguhnya metafora itu sangat berguna dalam sesetengah situasi !

Labels:

4 Comments:

Blogger shuvitte said...

uyooo. .
baboo sumthg wrong ka??
relax la baboo. .
yg di atas 2 sentiase ade dgn kite. .
hehe. .
rs2 de prob, kwn2 kan ade nieh. .

March 28, 2009 at 1:49 AM  
Blogger fairul afif said...

nok...nape neh nok....
hahahaha

March 28, 2009 at 2:46 AM  
Blogger aboo said...

jimmy = owh xde..everything's fine.just suntime aku rase down.alah,biase la 2 kan...tp 2 la...aku tau yg kat atas mmg ade ngn kite.everything happens for a reason kan ! thanx la korg..hepikan aku time aku tgh mandom dulu..plg aku ingt time besday aku 2 la..kat umah sewa 2...siap aku dpt present lg..tq woo !

landuk = weh,ko pondan ek? hahah,xde ape2 nox..mak baik saje nox

March 28, 2009 at 9:55 AM  
Blogger akuduniaku said...

100 100 100 100 100 100 entry ha3x

March 30, 2009 at 3:05 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home