Thursday, February 26, 2009

HOWLA...

Setelah meniliti dan membuat pertimbangan,aku ingin meneruskan blog ini.Sebabnya,sudah lama aku tidak membuat post2 baru.mungkin sebab aku bosan dengan dunia blog ini.Lagipun aku tidak ada apa2 untuk dikongsikan.jujur aku katakan tujuan aku menulis blog ini adalah semata-mata untuk mengutuk serta mengeji seseorg atas perbuatan dia terhadap aku.tetapi tidak mengapa,bg aku benda yg sudah berlalu itu,biarkan sahajalah.sampai bile aku perlu berdendam.ada hikmah die sebaliknya.

memandangkan aku menjalani kehidupan yang teramat bosan ketika ini,aku pun bertanya kepada diri aku.."buat la blog tu,boleh buang masa,luahkan rase hati.." walaupun aku tahu tiada siapa yg akan mambaca blog aku ini kerana penulisannya teramat la sampah.tetapi ini adalah aku..

aku tak perlu menulis puisi,sajak,pantun,gurindam atau apa-apa yg berkaitan untuk menarik perhatian pembaca.kerana itu bukanlah jiwa aku.bukan aku katakan aku tidak suka sajak2,puisi..tetapi apa yang aku cuba sampaikan di sini aku selesa dengan penulisan aku.aku tidak perlu menulis sesebuah karya yang agung seperti puisi kerana aku tidak mempunyai jiwa tersebut.lantaklah kalau ade orang baca ke tak blog aku.asalkan ape yang terbuku dalam hati aku terluah! (tiada niat aku untuk menjatuhkan sesiapa) ini adalah coretan ikhlas dari hati aku.

jadi,aku pun membuat keputusan untuk aktif semula dan misi aku kali ini aku hendak mencapai 50 entry..selagi aku mampu.cukup dengan 50 entry dulu.walaupun masih jauh perjalanan tetapi sungguh besar cita2 aku..hehe

mungkin disebabkan dengan kehidupan aku yg kosong ini,membuatkan aku menjadikan blog sebagai teman luahan perasaan.siapa tahu? dengan status aku yang masih single ini..hehe.jadi kepada semua yang terbaca entry terbaru ini,komen anda amatla aku perlukan.kritikan juga aku terima dengan hati terbuka kerana bagi aku keterbukaan itu melambangkan keikhlasan.tidak kisahlah sesuatu kritikan itu amatlah menjatuhkan,tetapi bagi aku mesti ada sesuatu yang tersembunyi..

semoga berjumpa lagi....

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home