Thursday, February 26, 2009

Ketagihan Aku

ya,aku mempunyai ketagihan..

sebelum aku mengupas lebih lanjut,janganlah ada yang buruk sangka sehingga ada yang membuat andaian yang aku ketagihan heroin,kokain,ketamin,mahupun ectasy.Oh,tidak2..aku masih muda dan tidak mampu untuk menagih dadah2 yang berprofil tinggi itu! secara jujurnya aku tak mahu pun.

aku mempunyai ketagihan terhadap rokok.aku rase semua sahabat aku tahu.tetapi ada sesuatu yang pelik telah terjadi pada diri aku.aku ketagih rokok gudang garam.aku tahu bunyi die agak pelik dan mungkin ada sesetengah mengaggap ia merupakan perkara biasa tetapi realitinya aku berdepan dengan masalah ini.

sebelum itu biar aku ceritakan sedikit tentang ketagihan rokok aku.bagaimana ia bermula.seperti biasa aku mula menghisap rokok pada usia seawal 14 tahun.ketika itu aku masih bersekolah di asrama penuh.setelah berkecimpung dengan akitiviti ini,aku telah maju setapak lagi dan bergelar perokok tegar.bagi perokok2 tegar,menghisap rokok setelah menjamu juadah nasi antara 2 hinnga 5 pinggan adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan.ia merupakan pelengkap.inilah yang terjadi pada aku.lagi-lagi ketika aku sedang menonton bola.berbekalkan teh ais,ice lemon tea..lagi la seronok tekak aku ini melayan rokok hingga boleh habis sekotak.itu belum lagi bila aku dilanda masalah.boleh dikatakan rokok adalah peneman setia,tidak lekang di tangan.

kemudian,ketagihan aku terhadap surya @ gudang garam bermula lebih kurang setahun yang lalu.seperti biasa,ketika cuti semester aku dan teman baik aku Wer akan keluar pada pukul 8 dan melepak di padang sambil menghisap rokok dan berborak kosong.kebanyakkan lebih kepada Arsenal.sesudah itu,setelah menghabiskan dunhill @marlboro@ winston lights dalam 3 hinnga 4 batang seorang kami akan menutup majlis dengan meghisap surya.begitulah rutin aku setiap malam sehingga menyebabkan ketagihan aku terhadap surya menjadi-jadi.

memang betul,surya hanya sesuai untuk buruh2 kasar daripada indon,bangla tetapi bila kena masanya menghisap surya memberikan aku kepuasan.aku sendiri tak tahu kenapa.hari ini,setiap hari aku perlu menghisap surya minimun 1 batang sehari.aku pelik,jika aku tak hisap mulut aku tidak akan puas.aku pun tak tahu sampai bila aku akan terus macam ini.jujur aku katakan aku tiada lagi niat untuk berhenti rokok walaupun paru-paru aku pernah mengalami kerosakan. =)

seterusnya,ketagihan aku yang ini pelik juga.hidup aku amatlah tidak lengkap tanpa aku melabuhkan punggungku di kerusi yang ada di kedai mamak.jadilah dengan berbekalkan rokok sekotak aku akn cuba sedaya upaya aku untuk melepak di kedai mamak.ini juga pelik,kalau sehari tidak singgah aku rasa kitaran hidup aku tidak lengkap.

ini sahaja aku hendak kongsi setakat ini..jumpa lagi

Labels:

HOWLA...

Setelah meniliti dan membuat pertimbangan,aku ingin meneruskan blog ini.Sebabnya,sudah lama aku tidak membuat post2 baru.mungkin sebab aku bosan dengan dunia blog ini.Lagipun aku tidak ada apa2 untuk dikongsikan.jujur aku katakan tujuan aku menulis blog ini adalah semata-mata untuk mengutuk serta mengeji seseorg atas perbuatan dia terhadap aku.tetapi tidak mengapa,bg aku benda yg sudah berlalu itu,biarkan sahajalah.sampai bile aku perlu berdendam.ada hikmah die sebaliknya.

memandangkan aku menjalani kehidupan yang teramat bosan ketika ini,aku pun bertanya kepada diri aku.."buat la blog tu,boleh buang masa,luahkan rase hati.." walaupun aku tahu tiada siapa yg akan mambaca blog aku ini kerana penulisannya teramat la sampah.tetapi ini adalah aku..

aku tak perlu menulis puisi,sajak,pantun,gurindam atau apa-apa yg berkaitan untuk menarik perhatian pembaca.kerana itu bukanlah jiwa aku.bukan aku katakan aku tidak suka sajak2,puisi..tetapi apa yang aku cuba sampaikan di sini aku selesa dengan penulisan aku.aku tidak perlu menulis sesebuah karya yang agung seperti puisi kerana aku tidak mempunyai jiwa tersebut.lantaklah kalau ade orang baca ke tak blog aku.asalkan ape yang terbuku dalam hati aku terluah! (tiada niat aku untuk menjatuhkan sesiapa) ini adalah coretan ikhlas dari hati aku.

jadi,aku pun membuat keputusan untuk aktif semula dan misi aku kali ini aku hendak mencapai 50 entry..selagi aku mampu.cukup dengan 50 entry dulu.walaupun masih jauh perjalanan tetapi sungguh besar cita2 aku..hehe

mungkin disebabkan dengan kehidupan aku yg kosong ini,membuatkan aku menjadikan blog sebagai teman luahan perasaan.siapa tahu? dengan status aku yang masih single ini..hehe.jadi kepada semua yang terbaca entry terbaru ini,komen anda amatla aku perlukan.kritikan juga aku terima dengan hati terbuka kerana bagi aku keterbukaan itu melambangkan keikhlasan.tidak kisahlah sesuatu kritikan itu amatlah menjatuhkan,tetapi bagi aku mesti ada sesuatu yang tersembunyi..

semoga berjumpa lagi....

Labels: